Header Ads

Pelakon popular filem 'Fast and the Furious', Paul Walker meninggal dunia

WarkahDaily -- Pelakon popular filem "Fast and the Furious", Paul Walker, 40 disahkan meninggal dunia pada petang Sabtu waktu tempatan selepas mengalami kemalangan tragis di Valencia, California.

Laman terawal melaporkan kematian Walker TMZ berkata, pelakon berkenaan berada dalam Porsche GT barunya sebelum terlanggar pokok lalu dilaporkan terbakar.

Menurut polis bandaraya Los Angeles melalui tweeter mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan di Blok 28300 Rye Canyon Loop.

Menurut saksi, Walker tidak bersendirian ketika tragedi berkenaan. Pelakon berkenaan didakwa bersama seorang pemandu namun tidak diketahui siapakah yang memandu Porsche GT terbabit.

Walker dilaporkan berada di kawasan utara Los Angeles menghadiri pameran kereta dalam rangka membantu korban Topan Haiyan di Filipina.

--WarkahDaily

Dikuasakan oleh Blogger.