Header Ads

Penduduk Kuantan kecewa Najib abai mangsa banjir

Susulan banjir besar yang melanda daerah Kuantan sekarang, ramai mangsa yang ditemui kecewa kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak tidak mengarahkan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang dibatalkan atau ditunda ke satu tarikh lain.

Bagi mereka, amat tidak adil pemimpin UMNO bersenang lenang tidur di hotel mewah dengan makanan yang lazat-lazat sedangkan ramai mangsa-mangsa banjir lapar kebuluran.

"Bukankan PM adalah orang Pahang... kenapa beliau tidak mahu merasai keperitan yang rakyat lalui.

"Mereka berhimpun, bersorak dan kemudian makan sedap-sedap.. sedangkan kami di Kuantan menderita sekarang ini.. Sudahlah bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba.. ", kata seorang kakitangan kerajaan yang menjadi mangsa di Cenderawasih semalam.

"Saya hairan, mereka ini (pemimpin UMNO) terutamanya dari Pahang boleh pergi berhimpun dengan senang lenang dikala rakyat seluruh negeri berhadapan dengan musibah banjir yang melanda.

"Inikah dia pemimpin rakyat yang mahu kita agung-agungkan sangat.. mana pergi mereka dikala kami kesusahan..

"Mujurlah ada wakil rakyat PAS yang prihatin menghantar bekalan manakan kepada kami.. jika tidak kami pasti mati kelaparan dibuatnya", kata seorang penyokong kuat UMNO dari Sg.Isap yang merujuk kepada ADUN PAS Tanjung Lumpur (YB Ustaz Rosli Abdul Jabar).

Sebenarnya, ramai lagi yang kecewa dengan senario yang berlaku. Mereka hairan, ada pemimpin yang rela tidur di bantal empuk tatkala rakyat menderita. Apapun, memang ada pemimpin UMNO bawahan yang menarik diri dari himpunan tersebut bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Rakyat terpaksa naik lori untuk menyelamatkan diri dari banjir.

"Mana mungkin pemimpin besar UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan negeri mahu menarik diri dari PAU 2013, sedangkan disitulah peluang untuk mereka tunjuk muka kepada pemimpin.

"Sebab itu, jalan terbaik ialah Datuk Najib tangguhkan dulu PAU.

"Jika sebelum ini mereka boleh tangguhkan himpunan terbabit menjelang pilihanraya.. kenapa tidak sekarang.. kami adalah rakyat yang mengundi BN pada pilihanraya umum ke-12 lau... fahamilah masalah dan penderitaan kami", kata orang kuat UMNO dari Cenderawasih.

Ternyata, rata-rata terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku. Seolah-olah mereka itu semua tidak peka dan cakna dengan masalah rakyat.

Jangan nanti bila rakyat menolak UMNO BN maka dituduh mereka terpengaruh dengan hasutan pembangkang, sedangkan mereka membalas dendam atas perbuatan pemimpin atasan yang tidak belas simpati dengan nasib mereka itu.

"Ada pula pemimpin yang datang sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata, malah ada yang tidak turun langsung dari kenderaan kerana takut kasut dan pakaian mereka terkena air banjir.

"Ini amatlah mendukacitakan.. mereka datang.. ambil gambar kemudian masuk facebook, masuk blog.. keluar dalam internet seolah-olah mereka prihatin dengan rakyat.

"Kami mahu makanan dan lain-lain kemudahan.. bukan mahu tengok muka YB saja...", kata seorang pesara kerajaan yang merujuk kepada wakil rakyat KeADILAn.

Inilah senario yang berlaku kepada pemimpin dikala rakyat memerlukan. Oleh itu, berhati-hatiah jangan sampai rakyat tolak mereka dalam pilihanraya akan datang.

Dikuasakan oleh Blogger.