Header Ads

Ahmad Said tergamak cemar imej Umno - Hishammuddin

Hishammuddin
WarkahDaily -- Tindakan Bekas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari Umno disifatkan suatu tindakan yang silap, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammduddin Tun Hussein.

Menurut Hishammuddin, tindakan Ahmad yang keluar dari Umno telah mencemar imej parti berkenaan.

"Tidak ada sebab untuk beliau bertindak begini sehingga tergamak mencemar imej parti," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Hishammuddin lagi, Ahmad sepatutnya akur dengan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar yang telah ditandatangani sebelum itu.

Ahmad Said yang juga Adun Kijal telah meletak jawatan sebagai MB Terengganu pada Selasa walaupun pada awalnya dikhabarkan beliau memohon kepada presiden Umno untuk menangguh perletakan jawatannya itu selepas majlis perkahwinan anaknya selesai.

Akibatnya, Ahmad bertindak keluar dari Umno selepas mengumumkan perletakan sebagai MB sambil diiringi dua lagi Adun (Dun Ajil dan Dun Bukit Besi).

Ketiga-tiga Adun yang keluar Umno termasuk Ahmad Said telah isytihar diri mereka adalah bebas.
Dikuasakan oleh Blogger.