Header Ads

Anak menteri didakwa terlibat kes rasuah

Anak Menteri Koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana Indonesia, Syariefuddin Hasan, Riefan Afrian hari ini dinamakan sebagai suspek kepada kes rasuah membabitkan pembelian sebuah paparan televisyen gergasi atau jumbotrons bernilai RM6.8 juta.

Menurut pihak pendakwaraya Indonesia, penamaan tersebut dilakukan setelah pihaknya melakukan siasatan sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap dari Pejabat Pendawaraya Jakarta, Adi Toegarisman, berkata hasil siasatan jelas menjurus kepada pembabitan Riefan yang juga menguasai syarikat PT Imaji Media, syarikat yang memenangi tender pembelian yang dikeluarkan pada 2012.

“Siasatan juga mendapati Reifan melantik pemandunya, Hendra Saputra sebagai pengarah presiden syarikat PT Imaji Media dan dia kini sedang menghadapi perbicaraan berhubung peranannya dalam skandal itu.

“Reiefan akan didakwa di bawah artikel 2 dan 3 Undang-undang Rasuah 2001 Indonesia, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda,” katanya melalui Jakarta Post.

Menurutnya lagi,pihak pendakwaraya turut memohon Pejabat Peguam Negara itu agar mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara buat Riefan.

Kes itu didedahkan oleh agensi Audit Negara republik itu yang mendapati terdapat banyak perlanggaran undang-undang dalam penganugerahan tender itu yang menyebabkan Indonesia kehilangan lebih RM6.8 juta.
Dikuasakan oleh Blogger.