Header Ads

BN: Jika menang ada projek, jika kalah tidak ada projek

WarkahDaily -- Tanpa janji pembangunan dan projek berbilion-bilion bukan nama Barisan Nasional (BN) jika adanya pilihanraya. Begitu juga nasib Pilihanraya Kecil (PRK) P076 parlimen Teluk Intan yang turut disertai BN, tidak sunyi daripada pelbagai janji berbentuk habuan (rasuah pilihanraya) jika pengundi memilih mereka.

Padahal setiap pembangunan adalah hak milik rakyat semua tanpa mengira parti apa yang dipilih para pengundi. Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi, sepatutnya bertanggungjawab memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua rakyat yang diperintah. Rakyat bukan untuk diugut dengan janji-janji pembangunan jika mengundi BN. Ia seolah-olah menghina hak rakyat memilih dalam negara demokrasi berparlimen.

Berbeza pula dengan PRK parlimen Bukit Gelugor yang tidak pula ditabur dengan janji-janji (rasuah) politik seperti di Teluk Intan kerana ia tidak disertai Barisan Nasional (BN).

Ia menjadi bukti bahawa janji-janji BN sekadar gula-gula pilihanraya semata-mata mahu menarik perhatian para pengundi. Bagi BN, jika menang pilihanraya baru ada projek, jika mereka kalah tidak ada projek. Ia menggambarkan budaya mengugut pengundi menjadi rutin bagi BN yang mengawal segala khazanah negara seolah-olah harta negara hak milik 'mak bapak' mereka.

Calon BN tawar universiti khusus untuk Teluk Intan

Universiti di Malaysia sudah seperti sekolah. Setiap kawasan hendak diwujudkan universiti, walaupun kualiti ntah kemana. Masalahnya, janji untuk membina universiti suudah menjadi trend 'suapan pilihanraya' oleh BN dan ianya bukan lagi sebagai keperluan terdesak untuk dibina.

Semalam calon BN Datuk Mah Siew Keong ketika mengumumkan manifestonya, menawarkan sebuah universiti untuk pengundi Teluk Intan sekiranya beliau berjaya dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Menurut Malaysiakini, Mah turut menawarkan usaha untuk menyenaraikan Menara Condong Teluk Intan sebagai tapak warisan dunia bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

"Adalah hasrat saya untuk mendapatkan satu universiti di Teluk Intan untuk anak-anak muda kita.

"Saya berjanji akan bekerja kuat untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media semalam.

Selain itu, beliau turut menawarkan satu stadium dan lebih banyak padang futsal, membina lebih banyak zon WiFi, dan mentransformasikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian dan pusat untuk pencinta makanan di negeri Perak.
Dikuasakan oleh Blogger.