Header Ads

BN Terengganu berdepan usul undi tidak percaya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, PAS akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam DUN.

Katanya, parti itu tidak akan menggunakan kaedah yang berlaku ketika krisis politik di Perak lima tahun lalu yang menyaksikan BN merampas negeri itu tanpa melalui usul di DUN atau pilihan raya baru.

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Astro Awani.

malaysiakini.com
Dikuasakan oleh Blogger.