Header Ads

BN tidak bertanding di Bukit Gelugor, polis sifatkan antara PRK paling aman

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor disifatkan sebagai antara yang paling aman.

"Sepanjang 12 hari kempen, kami terima tidak lebih 15 laporan polis dan empat kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya tetapi semua itu kes-kes kecil," kata Khalid dalam satu sidang akhbar selepas mendengar taklimat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor semalam.

Apa yang menarik, PRK parlimen Bukit Gelugor Ahad ini tidak disertai Barisan Nasional.   Calon PR-DAP Ramkarpal Singh Deo hanya akan berdepan tiga calon bebas iaitu dari Parti Cinta Malaysi (PCM) Datuk Huan Cheng Guan serta dua calon Bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Berbeza dengan PRK parlimen Teluk Intan yang disertai BN, menyaksikan satu lawan satu antara PR-DAP dengan BN-Gerakan.

Calon DAP-PR Dyana Sofia cuba diburukkan dengan gambar-gambar yang diubah, calon disekat untuk berkempen oleh kumpulan tertentu, peribadi calon dihina dan dicela, termasuk juga rakan dalam PR yang lain turut menerima tempias apabila kenderaan petugas diconteng oleh pihak yang berpolitik cara primitif dan macam-macam lagi.

Ini semua berlaku apabila masih ada lagi parti yang mengamalkan amalan politik yang tidak bertamadun, mereka tidak boleh menerima kenyataan parti lain boleh menang di kawasan yang mereka tandingi. Bagi mereka, hanya partinya sahaja yang layak menang. -WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.