Header Ads

Bumbung sebuah sekolah di Terengganu runtuh

WarkahDaily -- Ketika 'mood' rakyat Terengganu sedang memberi tumpuan kepada perletakan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, penduduk di sekitar SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu gempar dengan kejadian runtuh bahagian bumbung bangunan sekolah berkenaan, semalam.

Kejadian bumbung runtuh terbaru yang berlaku di negeri yang sinonim dengan 'darul runtuh' itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.30 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut seorang saksi, kejadian runtuh berkenaan berlaku secara tiba-tiba, lapor BuletinOnline.net dan ianya disahkan oleh seorang penjual minuman di hadapan sekolah berkenaan sambil memberitahu belum ada pihak berkuasa yang mengambil tindakan.

Menurut BuletinOnline lagi, kawasan tempat kejadian runtuh berkenaan telah dipagari dengan tali keselamatan bagi menghalang orang ramai daripada kawasan bahaya.
Dikuasakan oleh Blogger.