Header Ads

DAP kekal di Bukit Gelugor

Ramkarpal Singh, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 37,659 undi.

Beliau memperolehi 41,242 undi manakala tiga lagi calon lain hilang depaosit.

Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Kapten (B) Anwar Yahaya di Dewan Sri Pinang.

Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 pemilih mengundi di 17 pusat mengundi sebaik sahaja proses pengundian tamat jam 5 petang tadi.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.