Header Ads

Kehangatan pemilihan PKR: 4 dipecat, 10 digantung keahlian

Kehangatan kempen pemilihan PKR terpalit dengan beberapa kontroversi memalukan atas tindakan emosional segelintir anggotanya ketika pemilihan pucuk pimpinan parti itu berjalan. Ia memberi satu pukulan buat Pakatan Rakyat (PR) yang memperjuangkan ketelusan dan amalan bersih dalam pilihanraya selama ini.

Tindakan memalukan itu telah memaksa lembaga disiplin parti berkenaan mememecat memecat empat anggotanya, dua daripada cabang Selayang dan masing-masing daripada Alor Setar, Hulu Selangor dan Setiawangsa.

Lembaga disiplin yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Tan Kee Kwong telah memutuskan memecat ahli berkenaan ekoran pelbagai kesalahan, termasuk merampas kotak undi, mengundi bagi pihak orang lain, memburuk-burukkan pemimpin di media dan mengkritik parti secara terbuka walaupun amaran telah dikeluarkan.

Seorang anggota Saifuddin Shafi Muhammad (Hulu Selangor) pula hanya diberi surat tunjuk sebab kerana membocorkan minit mesyuarat biro politik PKR melalui Twitter pada 14 Mei lalu.

Selain itu, lembaga disiplin itu turut menggantung keahlian dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada 10 lagi anggotanya.

Menurut kenyataan Tan semalam, keputusan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Azmin Ali dan turut dihadiri Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor.
Dikuasakan oleh Blogger.