Header Ads

Khalid Ibrahim menang percuma di Kuala Selangor

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat laluan mudah mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor apabila pencabarnya S Manikavasagam hilang kelayakan bertanding.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan hari ini berkata bekas ahli parlimen Kapar itu didapati melanggar Perkara B.7 Tataetika Pemilihan PKR iaitu “Sebarang perselisihan berkaitan dengan pemilihan parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum.”

“Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam muka serat 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014.

“Saudara S Manikavasagam akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai,” kata Kee Kwong.

Pengundian cabang Kuala Selangor yang belangsung 11 Mei lalu ditangguhkan ekoran terdapat bantahan dari calon yang bertanding termasuk dakwaan terdapat calon yang menandakan kertas pengundi lain.

Manikavasagam turut mendakwa beliau memiliki rakaman video yang menunjukkan Abdul Khalid, melalui pegawainya, membayar sehingga RM50 untuk membeli undi.

Khalid melalui peguamnya, telah mengarahkan Manikavasagam untuk menarik balik kenyataan ataupun berdepan tindakan undang-undang.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.