Header Ads

Mahathir disindir: Dyana seperti Marina

Yammy Samat menyindir menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan didikan dan cara beliau membesarkan Dyana Sofya Mohd Daud, sehingga peguam muda itu sanggup menyertai DAP.

Pemimpin veteran Wanita Umno itu dengan sinis berkata, beliau berusaha membesarkan Dyana, 27 supaya mengikut jejak langkah seorang anak lelaki Mahathir, Mukhriz yang kini menjadi menteri besar Umno di Kedah.

Bagaimanapun, anak gadisnya itu kini lebih banyak mencontohi seorang lagi anak Mahathir, Marina, aktivis sosial yang sering berbeza pandangan dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi apabila besar dia jadi Marina," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani.

Yammy juga berkata, beliau memberikan kebebasan kepada anaknya untuk memilih antara perkara yang baik dan buruk.

"Dia sudah besar dan boleh berfikir sendiri," katanya ketika ditemui semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, yang ditandingi Dyana.

Mahathir semalam menyatakan kekecewaannya kerana DAP meletakkan calon dari keluarga Umno.

Bekas presiden Umno itu turut menasihati anggota parti supaya mengelakkan anak-anak mereka membelakangi Umno.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.