Header Ads

Mesir akan tumbang jika Sisi jadi presiden

Parti Islam kedua terbesar, Salafi Nour menjangkakan kerajaan akan tumbang jika Abdel Fattah Al-Sisi menjadi Presiden Mesir.

Menurut Agensi, Ketua Parti Nour Younis Makhyoun berkata, senario itu dilihat sama seperti yang berlaku ketika penggulingan Presiden Mohammed Mursi, Julai lalu.

“Sejak Mursi digulingkan, rakyat bangkit kerana menentang rampasan kuasa hingga ke hari ini. Rakyat tidak boleh terima kepimpinan tentera dan ia terbukti ketika penggulingan Hosni Mubarak pada 2011,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak gentar jika partinya menerima nasib sama seperti Ikhwanul Muslimin kerana hingga kini partinya tetap menyokong Mursi.

Sementara itu, mahkamah Mesir mensabitkan tiga tahun penjara terhadap Hosni atas tuduhan rasuah manakala anaknya Alaa dan Gamal masing-masing menerima hukuman penjara empat tahun atas tuduhan sama.
Dikuasakan oleh Blogger.