Header Ads

Mohamed Nabi Bux tidak pernah jadi ahli Pas - Mustafa Ali

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar adalah bukan ahli Pas dan tidak pernah menjadi ahli parti itu.

"Dia (Mohamed Nabi Bux) bukan ahli Pas...bukan ahli Pas sejak dari peringkat awal. Keahliannya tiada dalam rekod," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ditanya mengenai sijil keahlian Pas yang dimiliki Mohamed Nabi Bux serta 58 anggota Pas Gombak yang mempunyai sijil sama, Mustafa berkata: "Itu semua tidak betul".

Isu kesahihan keanggotaan Mohamed Nabi Bux di dalam Pas mula diperkatakan sejak beliau menawarkan diri untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor dan berhasrat melaksanakan hukum hudud di Pulau Pinang menjelang 2020.

Sementara itu, Mohamed Nabi Bux tetap bertegas bahawa beliau adalah ahli Pas Gombak yang sah dan sijil keanggotaannya bukan palsu.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.