Header Ads

Palestin gesa Fifa sekat Israel

Palestin menggesa perwakilan Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengenakan sekatan ke atas Israel yang disifatkan sebagai negara pembuli.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Palestin, Jibril Rajoub berkata, hubungan dua negara jiran Timur Tengah itu mengeruh selepas penangkapan terbaharu pemain bola sepak Palestin dan insiden dua pemainnya ditembak Februari lalu.

Menurut Reuters, pasukan petugas yang ditubuhkan Presiden Fifa Sepp Blatter, tahun lalu, wakil dari Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Gabungan Eropah Israel, Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) dan gabungan Asia Palestin gagal melaksanakan perubahan terhadap isu kebebasan dan akses untuk atlit Palestin.

"Sejak Kongres Mauritius ditubuhkan, sehingga kini Israel masih tidak beri kerjasama untuk mengelakkan insiden itu," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.