Header Ads

Pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran Bandung diculik dan dirogol

Sekadar gambar hiasan
Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.

"Mereka bergiliran. Yang tidak melakukan itu katanya pemandu kereta," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com pada Selasa.

Laporan itu juga menyebut mahasiswi berkenaan masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Portal berita yang sama sebelum itu mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.