Header Ads

Pemilihan PKR: Khalid tidak tarik diri perebutan jawatan nombor dua

Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih optimis memenangi perebutan jawatan nombor dua PKR dan mengaku masih berpeluang cerah walaupun sesi pemilihan peringkat cabang berakhir dan berbaki di beberapa cabang yang diadakan pemilihan semula.

Sekaligus menafikan khabar angin mengatakan beliau akan menarik diri saat akhir bagi memberi laluan kepada calon Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertanding satu lawan satu menentang penyandang Mohamed Azmin Ali.

"Kalau saya dah tawarkan diri, takkan saya kata tak perlu dipilih.

"Ada peluang untuk saya naik sebab pemilihan melibatkan semua ahli parti," katanya.

Ditanya tentang tindakan penyokongnya membuat protes di hadapan ibu pejabat PKR minggu lalu, beliau turut menafikan kekecohan yang terjadi semasa pemilihan cabang di Selangor berpunca daripada ahli kemnya

"Kalau kata 10% daripada 500,000 ahli PKR yang bantah itu penyokong saya, maknanya saya ada penyokong yang besar," katanya sinis.
Dikuasakan oleh Blogger.