Header Ads

Presiden PAS dirawat di hospital Istanbul, keadaan stabil

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran mengalami masalah kesihatan.

Dalam satu mesej kepada Harakahdaily, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersama beliau berkata, Ustaz Hadi dibawa dengan ambulan kira-kira jam 8.45 malam tadi waktu Malaysia.

Difahamkan, Ustaz Hadi kini dirawat di sebuah hospital universiti di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.

Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu.

"Beliau (Ustaz Hadi) dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
Dikuasakan oleh Blogger.