Header Ads

Razif sah ganti Ahmad Said sebagai MB Terengganu

Desas desus Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai pengganti Datuk Seri Ahmad Said sejak PRU-13 lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila ADUN Seberang Takir itu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru awal malam ini.

Upacara angkat sumpah itu diadakan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Singgahsana Balai Rong Seri, Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering kira-kira jam 9.20 malam ini.

Perlantikan Razif, 49, sebagai MB baru itu dibuat selepas perletakan jawatan Ahmad Said berkuatkuasa hari ini.

Upacara penuh istiadat itu bermula dengan majlis angkat sumpah Razif sebagai Menteri Besar sebelum menandatangani surat menerima jawatan dan menyimpan rahsia.

Razif yang juga merupakan ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus merupakan Menteri Besar ke-9 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir dalam upacara berkenaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
Dikuasakan oleh Blogger.