Header Ads

Razif tidak tahu menahu mengenai perjanjian beliau MB sementara

Ketika kekecohan perlantikan Menteri Besar baru negeri Terengganu kembali reda, timbul pula dakwaan kononnya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hanya akan menduduki kerusi panas itu buat sementara sahaja dan mungkin berdepan nasib yang sama seperti bekas menteri sebelum ini.

Namun Razif yang baharu sahaja dilantik sebagai MB menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Sambil itu, Razif menegaskan perkara tersebut tidak timbul kerana tidak ada perjanjian seumpama itu seperti yang didakwa, Ahmad Razif berkata beliau juga tidak tahu menahu mengenai sebarang perjanjian berkaitan dakwaan itu.

"Saya bukan menteri besar sementara, Selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus memberi yang terbaik sedaya upaya untuk rakyat, parti dan kerajaan negeri.

"Apa yang bakal berlaku pada masa depan kita tidak tahu, tetapi selepas saya diberi amanah dan kepercayaan yang tidak pernah saya duga ini, saya akan pikul dengan penuh rasa tanggungjawab. Itu janji saya," kata dalam satu wawancaranya bersama Berita Harian kelmarin.

Beliau menjawab soalan dalam akhbar bahasa Melayu itu berhubung dakwaan kononnya beliau hanya menjadi menteri besar sementara dan mungkin berdepan nasib yang sama seperti bekas menteri sebelum ini.

Menjawab soalan sama ada beliau bersedia untuk berundur daripada jawatan itu pada masanya, Ahmad Razif berkata beliau akan memberi khidmat terbaik selagi diperlukan sebagai menteri besar.

Menurutnya lagi, sama ada panjang atau pendek tempoh perkhidmatannya sebagai menteri besar merupakan kententuan Allah bukan ditentukan oleh manusia.
Dikuasakan oleh Blogger.