Header Ads

Real Madrid raih gelaran juara Liga Juara-juara kali ke-10

Real Madrid meraih gelaran juara Liga Juara-juara Eropah ke-10 selepas membelasah Atletico Madrid 4-1 pada Ahad.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu, Atletico Madrid pada awalnya hampir merangkul mahkota kejuaraan apabila Diego Godin meletakkan mereka di depan sejak minit ke-35.

Jaringan tunggal itu berjaya dikekalkan sehingga ke minit 90 iaitu ketika perlawanan berbaki 2 minit.

Bagaimanapun, jaringan Sergio Ramos pada minit akhir perlawanan itu berjaya membuka kembali peluang Real Madrid untuk membawa pulang piala tersebut.

Perlawanan yang bersambung dalam masa tambahan kemudian digunakan sebaiknya oleh pemain bernilai £85 juta iaitu Gareth Bale untuk menjadikan kedudukan Real Madrid 2 - 1 Atletico.

Kelebihan itu ternyata tidak disia-siakan oleh anak didik Carlo Ancelotti apabila Marcelo menjaringkan gol ketiga pada minit ke-118 manakala Cristiano Ronaldo melengkapkan kejayaan mereka di minit ke-120.

Dikuasakan oleh Blogger.