Header Ads

Relevankah 'panda' dijadikan simbol keamanan ketika rakyat sedang bergelut dengan kesempitan hidup?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, di Kuala Lumpur semalam.

Najib yang membuat catatan dan memuat naik gambar lawatan dalam laman Facebook berkata panda gergasi itu dianggap sebagai simbol keamanan dalam budaya China dan amat dihormati.

Pasangan panda gergasi itu berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China pada 31 Mei.

Pasangan panda itu yang dipinjamkan oleh kerajaan China melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantin selama sebulan di tempat khas di Zoo Negara untuk membolehkan haiwan itu menyesuaikan dengan persekitaran baharu.

Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu. –Bernama

WarkahDaily -- Pasangan 'panda' yang dibawa dengan jutaan ringgit wang rakyat 'dihalalkan' dengan alasan simbol keamanan. Apakah relevannya sepasang 'panda' dijadikan simbol keamanan bagi Malaysia dan China ketika rakyat negara sendiri sedang bergelut dengan masalah kesempitan hidup?

Hanya orang bodoh sahaja menyatakan "rakyat boleh berjimat belanja ke luar negara negara untuk melihat panda". Apakah rakyat Malaysia begitu kemaruk berhabis wang ringgit hanya sekadar untuk melihat 'panda'? Siapa yang kemaruk sangat tu? rakyat kebanyakan ke atau menteri-menteri yang 'dibayar upah' oleh wang rakyat yang senang-senang 'berjoli' dengan wang rakyat ke sana ke mari. Sudah-sudahlah perbodohkan rakyat sendiri!
Dikuasakan oleh Blogger.