Header Ads

Tun Mahathir dilantik pengerusi Proton dan Lotus

Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi barunya berkuatkuasa 16 Mei lalu.

Beliau yang sebelum ini menjadi penasihat kepada Kumpulan PROTON sejak 2003 turut dinamakan Pengerusi Group Lotus plc (LOTUS).

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, kesediaan Tun Mahathir memegang jawatan itu membuktikan Kesungguhannya untuk melihat pengeluar kereta nasional itu berjaya.

"Tun Mahathir kini boleh meluangkan lebih banyak masa di Proton sebagai pengerusi. Ini tentunya akan memperkukuhkan syarikat dalam misinya untuk menjadi peserta automotif yang terkenal di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara semalam.

Tun Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.

Tun Mahathir memainkan peranan penting dalam konsepsi dan kemajuan industri automotif di Malaysia. Wawasan, idea serta kepemimpinan beliau telah membimbing Proton sejak ia diwujudkan pada 1983.

Beliau bukan hanya mahu melihat kereta national dihasilkan tetapi juga meningkatkan sumbangan sektor automotif kepada ekonomi negara.

Ia dengan memberi tumpuan kepada penguasaan pengetahuan kejuruteraan automotif serta kaedah pengeluaran moden bagi membolehkan rakyat Malaysia mampu memiliki kereta.

Sejak penubuhannya, PROTON memacu ekosistem pengeluaran automotif tempatan disokong kumpulan jurutera yang memiliki kemahiran kejuruteraan tahap tinggi.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.