Header Ads

Adik-beradik susuan diarah berpisah

Mahkamah Arab Saudi mengarahkan satu pasangan berpisah selepas 25 tahun berkahwin kerana mereka didapati adik-beradik susuan (menyusu dengan wanita yang sama ketika bayi)

Dalam laporan akhbar tempatan, mahkamah di pusat bandar Rass itu mempunyai bukti kukuh pasangan yang mempunyai tujuh anak itu menyusu dengan wanita yang sama, menjadikan perkahwinan mereka tidak sah menurut undang-undang Islam.

“Mahkamah mengarahkan pasangan itu berpisah selepas mendapati mereka adik-beradik susuan,” lapor akhbar berkenaan.

Menurut undang-undang Islam, apabila seorang wanita menyusukan seorang bayi di bawah umur dua tahun sebanyak lima kali atau lebih, maka anak tersebut menjadi anak susuannya dan anak suaminya.

Oleh yang demikian anak susuan itu menjadi mahram (haram dinikahi) kepada suami dan wanita yang menyusukan, begitu juga terhadap keturunan suami isteri tersebut.

Mereka yang menjadi mahram kepada anak susuan adalah wanita yang menyusukan, suami ibu susuan, ibu bapa kepada ibu susuan, ibu bapa kepada suami ibu susuan, adik beradik kepada ibu susuan, adik beradik kepada suami ibu susuan susuan dan anak kepada ibu dan bapa susuan. -Agensi

Dikuasakan oleh Blogger.