Header Ads

Alphard hempap Almera, seorang remaja maut

Seorang remaja maut selepas tercampak dari kenderaan yang dinaikinya dalam satu kemalangan di Kilometer 2.6 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke Kuala Lumpur dekat Setia Alam, petang semalam.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian membabitkan dua kenderaan itu dikenali sebagai Syahir Hamidi Suradi, 16, yang berasal dari Marang, Terengganu.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Alphard yang dinaiki menghempap sebuah kereta jenis Nissan Almera.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam Deputi Superitendan Goh Lee Shen berkata, kedua-dua kenderaan datang dari arah sama sebelum bergesel sejurus tiba di lokasi.
Akibatnya kedua-dua pemandu hilang kawalan dan terbabas sebelum kenderaan pelbagai guna itu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuhraya berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.