Header Ads

Banjir kilat terburuk, UIAM tenggelam

Bencana banjir kilat ini dianggap paling buruk dalam sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berpuluh kereta penuntut dan kakitangan tenggelam sebelum sempat diselamatkan,” kata penuntut, Amirul Al Hafiz Abdul Hamid, 24, berhubung kejadian banjir kilat melanda pekarangan kampus UIAM di Gombak, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, dia bergegas keluar dari makmal sebelum terkejut apabila mendapati kereta yang berada di parkir sudah ditenggelami air.

“Kejadian itu bukan hanya mengakibatkan beberapa laluan utama di kawasan UIAM terjejas malah berpuluh kenderaan turut ditenggelami banjir setinggi dua meter.

“Hujan lebat berterusan lebih satu jam dipercayai menyebabkan air dari beberapa anak sungai berdekatan melimpah masuk ke kawasan UIAM.

Banjir kilat ini lebih buruk berbanding bencana sama berlaku beberapa tahun sebelum ini,” katanya.

Keadaan itu bagaimanapun hanya berlaku selama 30 minit dan kembali terkawal selepas air banjir surut kira-kira jam 3.15 petang.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.