Header Ads

Bayi dua bulan ditemui dalam beg plastik di hotel Arab Saudi

Seorang pekerja hotel di Arab Saudi terjumpa seorang bayi perempuan berumur dua bulan di dalam sebuah beg plastik yang dibuang berdekatan pintu keluar kecemasan di hotel Gulf Kingdom.

Akhbar harian berbahasa Arab, Sabq berkata bayi itu dalam keadaan baik tetapi telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kamera keselamatan (CCTV) hotel yang terletak di kawasan barat bandar Madinah menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian tradisional Arab iaitu 'dishdasha' dan memakai penutup kepala sedang membawa sebuah beg kira-kira jam 4.00 pagi (waktu tempatan) dan meninggalkan tempat itu sejurus kemudian.

"Wajah lelaki itu tidak dapat dikenal pasti kerana pencahayaan lapu yang samar di tempat kejadian pada masa itu," lapor akhbar Sabq.
Dikuasakan oleh Blogger.