Header Ads

Demam Piala Dunia FIFA 2014

Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia FIFA™ membuka tirainya pada Jumaat ini. Setiap pasukan yang layak ke pusingan akhir kejohanan berprestij empat tahun sekali ini melakukan persiapan terakhir sebelum sepak mula.

Selaku pasukan tuan rumah Brazil juga dalam persiapan fasa akhir menghadapi perlawanan pertama dalam saingan peringkat kumpulan.

Cuma pengendali, Luiz Felipe Scolari pening kepala mencongak barisan kesebelasan bertemu Croatia Jumaat ini.

Ketika sesi latihan, Neymar terpelecok lalu terjatuh sekaligus mengundang rasa cemas di kem Brazil. Mujur tiada kecederaan serius dan bintang Barcelona ini meneruskan sesi latihan seperti biasa.

Sementara Sepanyol mengadakan sesi latihan di Curitiba dalam persediaan berdepan Belanda pada perlawanan pertama. Pengendalinya Vicente del Bosque nyata serius untuk mempertahankan kejuaraan dengan sesi latihan intensif bagi membolehkan anak buahnya cepat menyesuaikan diri.

David Silva menyifatkan pertemuan dengan belanda penting buat menyemarakan semangat pasukan sekaligus enggan ditimpa kekalahan ketika aksi pertama seperti pada edisi 2010 lalu.

Perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA™ antara skuad tuan rumah Brazil akan bertemu Croatia pada Jumaat ini (13 Jun) sebagai perlawanan pembuka tirai kejohanan.
Dikuasakan oleh Blogger.