Header Ads

Dua MP baru angkat sumpah anggota Dewan Rakyat

Dua MP baru, masing-masing dari BN dan DAP, mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini semasa pembukaan mesyuarat kedua penggal kedua sidang Parlimen ke-13, semalam.

MP baru yang mewakili Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong dari BN, dan Ramkarpal Singh dari DAP yang mewakili Bukit Gelugor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ronald Kiandee.

Ramkarpal mewakili Bukit Gelugor selepas berjaya mengekal kerusi yang disandang mendiang bapanya, Karpal Singh, dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor.

Mah pula merampas kembali kerusi Teluk Intan, yang sebelum ini disandang DAP, dalam pilihan raya kecil 31 Mei lalu.

suhttp://m.malaysiakini.com/news/265104
Dikuasakan oleh Blogger.