Header Ads

Felda United lakar sejarah ke final Piala FA

Felda United FC melakar sejarah tersendiri selepas menjadi pasukan kelab kedua selepas Sime Darby FC yang layak ke pentas final Piala FA.

Skuad 'The Settlers' kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu menempah tiket ke final selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas keputusan perlawanan seri agregat 5-5.

Perlawanan separuh akhir kedua awal malam tadi, Felda seri 2-2 dengan Kelantan di Stadium Shah Alam sebelum turut seri 3-3 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada 6 Mei lalu.

Rekod Piala FA, Sime Darby FC menjadi wakil kelab pertama mara ke perlawanan akhir dalam tempoh 24 tahun Piala FA namun tewas 0-1 kepada Kelantan pada tahun 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk edisi 2014, Felda bakal berdepan dengan Pahang di perlawanan akhir pada Sabtu (7 Jun) ini.

Pahang berjaya ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan agregat 2-1 ke atas finalis musim lepas, Johor Darul Takzim (JDT1) dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat lepas di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Dikuasakan oleh Blogger.