Header Ads

Hanya 8 bulan PM bentang belanjawan RM264.2 bilion, kini mahu tambahan RM4.112 bilion

Kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan sebanyak RM4.112 bilion, hanya lapan bulan selepas perdana menteri membentangkan belanjawan fiskal berjumlah RM264.2 bilion untuk tahun 2014.

Sebahagian besar wang tersebut, iaitu sebanyak RM3 bilion akan disalurkan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan di bawah Kementerian Kewangan.

Sejumlah RM634 juta pula akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan.

Belanjawan tambahan itu adalah satu daripada enam rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata bacaan kedua rang undang-undang belanjawan tambahan itu disasarkan untuk dilakukan pada minggu depan.

Kerajaan juga bercadang untuk menubuhkan satu yayasan baru – dinamakan Yayasan Guru Tun Hussein Onn – dinamakan Yayasan Guru Tun Hussein Onn - untuk melatih guru-guru dan memperbaiki mutu pendidikan negara.

Rang undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 mendahului senarai pembentangan rang undang-undang hari ini.
Dikuasakan oleh Blogger.