Header Ads

Jakim perlu memandang serius penggunaan logo halal

Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius penggunaan logo halal, logo berunsur Islamik dan tulisan Jawi bagi mengelak pengguna tertipu.

Yang Dipertuanya Samsudin Fauzi berkata, berkata langkah itu penting untuk menggelakkan pengguna hilang kepercayaan dan terus mempersoalkan kewibawaan Jakim sebagai agensi pusat dalam perancangan hal ehwal Islam serta pembangunan ummah di negara ini.

Samsudin berkata, Jakim seharusnya lebih sensitif dengan perkara itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan penduduknya juga mengamalkan cara hidup Islam yang menitikberatkan isu halal.

"Dari sehari ke sehari, pelbagai produk yang berada di pasaran diragui status halalnya yang menggunakan logo halal daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan.

Persatuan itu berharap semua agensi berwajib dapat memainkan peranan dalam menangani isu berkenaan bagi menjamin kepercayaan pengguna di Malaysia terhadap produk yang mendapat status halal daripada Jakim, kata Samsudin. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.