Header Ads

Kambing biri-biri dua kepala

Seekor kambing biri-biri telah dilahirkan dengan dua kepala di Arab Saudi.

Menurut pemilik ternakan berkenaan, ia adalah salah satu kes yang jarang ditemui yang pernah dilihatnya, lapor sebuah akhbar tempatan.

Kambing biri-biri yang dilahirkan di sebuah ladang di Jazan, wilayah selatan negara itu mempunyai satu badan dan dua kepala, lapor berita harian bahasa Arab, Sabq.

"Ia mempunyai satu badan dua kepala tetapi masing-masing mempunyai dua mata dan dua mulut...ia adalah salah satu kes yang jarang ditemui yang pernah saya lihat," kata peladang yang juga pemilik haiwan itu, Abdo Jarab.
Dikuasakan oleh Blogger.