Header Ads

Keputusan Liga Super 20 Jun

Dua perlawanan Liga Super musim 2014 telah berlangsung awal malam tadi. Dalam perlawanan ke-21, Johor Darul Takzim (JDT I) menerima kunjungan Kelantan di Larkin, manakala Terengganu beraksi menentang ATM di Kuala Terengganu.

JDT I dilihat semakin hampir menamatkan kemarau tanpa trofi semenjak skuad dari selatan tanahair itu berubah wajah sebagai pasukan kelab berstatus elit dalam beberapa tahun mencuba nasib.

Kini anak buah Bojan Hodak itu tampak berpeluang menjulang piala Liga Super buat pertama kali musim 2014 apabila meraih tiga mata berharga menewaskan musuh ketat dari Pantai Timur Kelantan 3-0 di Stadium Larkin.

JDT I kini kukuh di persada liga dengan mengumpul 41 mata, diikut rapat Selangor (37 mata) yang akan menentang Sarawak awal malam ini dalam aksi ke-21.

Sementara dalam satu lagi aksi malam tadi, Terengganu gagal mengambil peluang mengutip mata penuh beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sekaligus harapan menduduki tangga kedua liga berkecai.

Skuad Penyu terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi menerusi jaringan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-60 namun pemain import ATM, Fabrice Noel berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Terengganu kini menduduki tangga keempat dengan 33 mata dengan baki satu perlawanan manakala Pahang di tangga ketiga dengan 34 mata dengan baki dua perlawanan.

Berikut adalah keputusan penuh aksi perlawanan, senarai penjaring dan kedudukan terkini Liga Super 2014.

Johor DT [3] vs [0] Kelantan
26′ AmirulHadi Zainal (JDT)
53′ Nazrin Nawi (JDT)
88′ Luciano Figueora (JDT)

Terengganu [1] vs [1] ATM
60′ Nor farhan (TER)
64′ Fabrice Noël (ATM)


Kedudukan terkini Liga Super - update: 20 Jun 2014


Dikuasakan oleh Blogger.