Header Ads

Kongsi gelap: Zahid jangan sekadar cakap politik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui amaran beliau kepada kumpulan kongsi gelap telah membantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat semalam.

Mahfuz meminta Ahmad Zahid menjelaskan adakah tangkapan dilakukan pihak polis berhubung amaran yang dilakukan beliau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata terdapat maklumat memberitahu pihak lain mengaut keuntungan melalui pilihan raya kecil itu.

"Kalau menteri kata ada kumpulan kongsi gelap dan boleh beri amaran agar tidak masuk campur, saya nak tahu berapa orang yang ditangkap.

"Saya tidak mahu ugutan atau kongsi gelap ini hanya mainan politik semata-mata, kalau betul ada tangkap je terus jangan bagi amaran je," kata Mahfuz.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.