Header Ads

Kos penganjuran Sukma Perlis cecah RM120 juta

Kos penganjuran Temasya Sukan Malaysia (Sukma Perlis) mencecah RM120 juta kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membina kemudahan sukan di negeri itu.

"Kos pembangunan infrastruktur sahaja sudah melebihi RM70 juta dan ini bukan kita hanya belanja untuk penganjuran Sukma tetapi kita gunakan untuk pembangunan sukan di negeriPerlis," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Semua kemudahan baharu seperti pusat akuatik, gelanggang hoki dan dewan badminton...menambah baik venue lain termasuk stadium utama, adalah legasi Sukma kita untuk negeri Perlis," katanya.

"Saya tidak jangka kita akan belanja satu jumlah yang begitu besar seperti yang dibuat di Perlis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir hoki lelaki Sukma Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di Kangar kelmarin.

Berikutan itu, katanya, Sukma akan hanya ditawarkan kepada negeri-negeri yang boleh menganjurkan sukan itu mengikut bajet yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Beliau berkata kos penganjuran Sukma pada masa akan datang mungkin dapat dikurangkan berikutan setiap negeri sudah mempunyai kemudahan sukan dan tidak ada sebab untuk merekamembina infrastruktur sukan yang baru.

Mengenai Sarawak yang bakal menjadi tuan rumah edisi 2016, Khairy berkata hanya sebuah pusat akuatik baharu akan dibina manakala negeri itu akan menggunakan kemudahan yang sedia ada.-Bernama

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.