Header Ads

Lampard umum tinggal Chelsea

Kontrak timbalan kapten skuad Piala Dunia England 2014 di Brazil, Frank Lampard bersama Chelsea telah tamat.

Penjaring terbanyak Chelsea (211 gol) itu telah mengumumkan selamat tinggal kepada kelab dari Stamford Bridge itu yang disertainya selama 13 tahun.

Sebelum menyertai Chelsea, Lampard pernah menyertai kelab pencabar dari London, West Ham sebelum berpindah ke Stamford Bridge pada 2001 dengan harga £11 juta (RM59.5 juta).

Lampard, 36, telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baru francais MLS Amerika Syarikat, New York City.

Perkembangan lain, New York City telah mengumumkan awal kelmarin penyerang Piala Dunia Sepanyol, David Villa sudah mengikat kontrak tiga tahun dari Atletico Madrid.
Dikuasakan oleh Blogger.