Header Ads

Najib tidak tahu sebarang rombakan kabinet

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dijanjikan jawatan menteri Kabinet jika menang di Teluk Intan, 31 Mei lalu. photo by The Malaysian Insider.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

"Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di Turkmenistan, mengenai laporan media mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada Jumaat.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada malam tadi selepas melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan dua hari itu.

The Malay Mail, yang memetik sumber berkata Najib sedang menimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sahaja.

Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai. –Bernama

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.