Header Ads

Negara Islam Umno anjur ratu cantik Mrs. Universe 2014

Ketika wakil rakyat Umno di parlimen dan para NGO mesra Umno sedang berhempas pulas bertegas Malaysia adalah adalah sebuah negara Islam, tanpa disedari sebuah pertandingan ratu cantik Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan di Malaysia itu dianjur oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa pada 29 Ogos nanti.

Hampir 45 buah negara dijangka mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari itu dan menurut Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim, pertandingan ratu cantik itu bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pertandingan ratu cantik menjadi begitu sensitif di negara ini kerana para peserta akan memperaga pakaian mandi menjolok mata (bikini) di depan khalayak.

Penganjuran ini sekaligus menjawab segala ketegasan para pengampu konon negara ini adalah negara Islam hanya kerana Islam adalah agama rasmi persekutuan di Malaysia. Jelas sekali Umno mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam. Persepsi yang perlu diperbetulkan apakah Malaysia negara islam atau Malaysia adalah negara majoriti umat Islam?

Padahal kerajaan Umno sepatutnya memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik selain hanya bersandarkan kepada hanya Islam sebagai agama rasmi negara bagi mengiktiraf sebuah negara Islam.

Jelas, penganjuran pertandingan ratu cantik itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan beberapa pemimpin kerajaan Umno bahawa negara ini adalah negara Islam.

Ketika masyarakat sentiasa berdepan dengan masalah sosial dan keruntuhan moral, kerajaan Umno dilihat tidak mengambil peranan bagi mendidik para remaja ke arah membentuk jati diri anak muda kepada Islam apabila terus menerus membenarkan penganjuran program yang membawa kepada keruntuhan moral. Tidak selesai lagi dengan masalah keruntuhan akhlak, ditambah lagi siri-siri konsert liar, menjemput artis-artis barat tidak bermoral membuat persembahan dan terkini bakal menganjurkan pertandingan ratu cantik Mrs Universe Malaysia, sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

Sejarah sudah tercatat bagaimana golongan agamawan diperbodohkan bahkan dipecat semata-mata kerana membantah program kerosakan yang dianjurkan atas nama tahun melawat Malaysia. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum telah menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu apabila dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran ratu cantik.

Apakah pelancong datang ke negara kita kerana mahu datang ke konsert-konsert atau parti-parti liar?

Kerajaan sepatutnya membetulkan dasar-dasar kerajaan, bukan kerana strategi politik mereka untuk memenangi hati orang Melayu konon Malaysia sudah negara Islam, bukan hanya sekadar bercakap inginkan Islam, tetapi tidak menjalankan Islam yang sebenar.
Dikuasakan oleh Blogger.