Header Ads

PAC nafi dakwaan KWSP akan bankrap

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAS) Datuk Nur Jazlan Mohamed menepis dakwaan pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan pekerja dan pesara berhubung prestasi kedudukan kewangan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sehingga boleh menyebabkan muflis.

Beliau yang juga MP Pulai menafikan badan berkanun itu akan bankrap sehingga terdapat di kalangan mereka tidak mahu mencarum atau mengeluarkan semua wang yang disimpan sekaligus.

Beliau sebaliknya menegaskankan kedudukan kewangan institusi itu "sangat baik dan mantap".

"Mereka ditakut-takutkan oleh pihak tertentu bahawa KWSP akan bankrap. Itu tidak benar. KWSP mempunyai cukup duit untuk melunaskan liabiliti mereka.

"Dalam tempoh 10 hingga 20 tahun kesihatan kewangan KWSP sangat baik dan mantap... Tak perlu ragu dan risau dengan keadaan kewangan KWSP yang mantap," katanya dalam sidang media tengah hari ini.

Bagi mengukuhkan hujahnya, Nur Jazlan menjelaskan pendapatan kasar KWSP daripada pemilikan ekuiti, bon, hartanah dan tukaran asing, badan itu mencapai peningkatan 58 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku pertama tahun lalu.

Katanya, pada suku pertama tahun 2013, KWSP memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM5.604 bilion berbanding suku pertama tahun ini yang meningkat sebanyak RM8.834 bilion.

"Ia memang hebat dan melebihi apa yang dijangkakan," katanya sambil menjelaskan pelaburan domestik KWSP mencecah RM468.36 bilion manakala pelaburan di luar negara bernilai RM118.3 bilion.

Beliau turut menyarankan pekerja yang telah bersara supaya terus menyimpan wang pencen mereka di badan itu demi pulangan yang tinggi sekaligus mengelak masalah pengurusan kewangan jika mengeluarkan semua wang mereka.

Nur Jazlan berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai prestasi pelaburan hartanah KWSP yang berjumlah RM6.46 bilion di United Kingdom, Australia, Singapura dan Eropah serta pengurusan KWSP di parlimen hari ini.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.