Header Ads

Pelapik brek tiruan undang bahaya kepada pengguna

Pada masa kini, orang ramai lebih suka memakai kenderaan yang tampak lebih bergaya serta sporty. Mereka akan membeli alatan kereta seperti ekzos, lampu dan tayar.

Namun, awas! Kegiatan penjualan alat tiruan semakin berleluasa di dalam negara ini. Peralatan kereta seperti pelapik brek tidak terkecuali terlepas daripada sindiket untuk ‘meniru’ alatan ini.

Pelapik brek adalah peralatan yang sangat penting dalam komponen kereta. Sekiranya kualiti pelapik brek itu tidak elok, ia mungkin mencetuskan bahaya kepada pengguna kereta.

Oleh itu, kita perlu pastikan menggunakan pelapik brek yang asli serta berkualiti.

1. Apakah fungsi pelapik brek?
Pelapik brek berfungsi untuk mencengkam cakera brek

2. Apakah jenama pelapik brek yang popular?
Jenama pelapik brek yang popular di pasaran ialah EBC, Wagner, Bandix dan pelbagai jenama lain

3. Berapakah harga pelapik brek?
Harga pelapik brek bergantung kepada jenama serta saiz. Harga pelapik brek di pasaran Malaysia sekitar RM100 hingga RM400.

4. Di manakah lokasi sindiket ini akan melakukan operasi ini?
Mereka akan menjadikan gudang atau kilang lama sebagai pusat untuk mereka melakukan operasi

5. Apakah modus operandi sindiket berkenaan?
Mereka akan membuat pelapik brek tiruan di dalam kawasan operasi. Selepas siap, sindiket akan membungkus brek ini ke dalam kotak.

6. Di manakah pelapik brek tiruan ini akan dihantar?
Pelapik akan dijual di pasaran tempatan. Tetapi, ada sesetengah pelapik brek ini akan dihantar ke luar negara seperti negara Asia Barat untuk pasaran di sana.

7. Apakah keburukan menggunakan pelapik brek tiruan?
Pelapik brek tiruan boleh merosakkan cakera brek dengan cepat. Ia sekali gus menyebabkan orang awam mengalami kerugian ratusan ringgit akibat kerosakan tersebut.

8. Sekiranya ditahan, apakah tindakan ke atas sindiket terbabit?
Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM10,000 setiap barangan

9. Apakah nasihat kepada orang awam berkaitan penggunaan pelapik brek tiruan ini?
Berhati-hati sebelum membeli pelapik brek. Pastikan pelapik brek adalah asli dan bukannya tiruan.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.