Header Ads

Pihak berkuasa Arab Saudi haram buku pro Ikhwan

Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan buku dua penulis pro Ikhwanul Muslimin pada Selasa lepas.

Pengurus kedai buku di Jeddah Hussein al- Ghamdi berkata, penjualan buku karangan ulama Saudi, Salman al-Odah dan rakan sejawatnya dari Kuwait, Tariq al-Suwaidan diarah ditarik balik serta-merta dari pasaran.

“Kami mendapat arahan dari polis untuk menurunkan semua buku karya kedua-dua penulis itu.

"Saya keliru buku-buku tersebut tidak mengandungi unsur antikerajaan namun diminta berbuat demikian kerana penulisnya penyokong tegar Ikhwanul,” katanya dipetik Agensi.

Menurutnya, Salma dan Tariq merupakan penulis popular dan bukunya sering mendapat permintaan pelanggan.

Dikuasakan oleh Blogger.