Header Ads

Sokong calon DAP: Ibu Dyana diberi surat tunjuk sebab

Umno memberi surat tunjuk sebab kepada ahlinya, Yammy Samat hari ini kerana menyokong anaknya Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah menulis surat tunjuk sebab itu kepada Yammy mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berkaitan tindakannya dalam PRK Teluk Intan.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Adnan berkata, dalam surat itu, beliau juga berkata pihaknya menyedari calon (yang bertanding menentang BN) adalah anak perempuannya, tetapi parti mempunyai disiplin.

Yammy, yang merupakan ahli veteran Umno, mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Selepas itu, kata Tengkuk Adnan, sama ada Yammy menjawabnya atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan Umno sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno.

"Majlis Tertinggi Umno kemudiannya akan memutuskan apakah tindakan yang akan diambil," katanya.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.