Header Ads

Suami Rafidah Aziz meninggal dunia

Suami bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz meninggal dunia di Singapura, pagi tadi.

Allahyarham Tan Sri Mohamed Basir Ahmad, 75, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 3.51 pagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di Kuala Lumpur untuk solat jenazah pagi ini.

Dijangkakan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar nanti.

Allahyarham juga adalah bekas pengerusi Maybank dan berkhidmat selama 16 tahun.
Dikuasakan oleh Blogger.