Header Ads

Tiga beranak termasuk seorang ibu mengandung tujuh bulan maut

Tiga beranak termasuk seorang ibu mengandung tujuh bulan maut selepas kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Jeli, Bechah Laut, Tanah Merah, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa Yus Zairi Yusof, 29, dan anaknya Zafril berusia sembilan bulan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya Hafiza Abd Halim, 30, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Asisten Superintentan Mohd Fadzir Manap berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Machang ke Jeli dikatakan gagal memotong kenderaan di hadapannya.

Katanya, kenderaan mangsa bertembung dengan kereta jenis Toyota Fortuner yang datang dari arah bertentangan.

"Pemandu Toyota Fortuner hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.