Header Ads

Tun Mahathir cadang harga kereta Proton dinaikkan

Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan harga kereta Proton dinaikkan untuk bersaing di pasaran dunia.

Menurut beliau imej sebagai pengeluar kereta murah perlu dikikis dan kualiti perlu dipertingkat setahap pengeluar kereta antarabangsa.

"Sebelum ini kita (PROTON) dilabel sebagai pembuat kereta murah.

"Kami mahu keluarkan kereta bertaraf dunia tetapi kita harus tingkatkan harga," kata beliau dalam sidang media selepas memberi ucaptama bengkel anjuran Human Life Achievement Foundation (HLAF) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Dikuasakan oleh Blogger.