Header Ads

[Video] Wanita Iran kantoi rakaman CCTV sedang mencuri barang kemas

Seorang wanita Iran kelihatan begitu mahir mencuri barang kemas di sebuah kedai yang dikunjunginya di daerah Shiraz apabila melakukan aksi buruk itu di hadapan pemilik kedai tanpa disedari.

Namun sebuah rakaman imej CCTV yang kini tersebar di YouTube jelas menunjukkan wanita berkenaan yang diiringi seorang lelaki kelihatan begitu tenang tanpa rasa gentar berlagak memilih gelang dari kedai terbabit. Namun, ketika tukang emas kedai berpaling seketika untuk meletakkan barang kemas itu, wanita terbabit secara tergesa-gesa menyarung gelang yang dicuri ke tangannya yang ditutupi lengan baju.

Rakaman yang turut disiarkan dalam Kuwait Daily Al Anba itu menunjukkan wanita berkenaan kemudian meninggalkan kedai itu dengan membawa bersama barang kemas yang dicurinya tanpa disedari oleh tuan kedai.


Dikuasakan oleh Blogger.