Header Ads

Zionis mengganas di Gaza

Sekurang-kurangnya seorang penduduk Palestin terbunuh manakala beberapa yang lain cedera selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara di bandar itu, kelmarin.

Menurut saksi, pesawat Israel melepaskan roket menyasarkan kepada seorang penunggang motosikal dan bedilan turut memusnahkan kereta berhampiran.

Serangan terhadap Palestin kian memuncak sejak negara itu mengumumkan kerajaan kerajaan perpaduan awal bulan lalu.

Menurut Press TV, sejak berada di bawah kepungan Israel pada Jun 2007, penduduk Palestin menjalani kehidupan serba daif dan pengangguran berleluasa selain sering menjadi sasaran keganasan tentera Zionis.

Akibatnya, kira-kira 1.7 juta hak penduduk Palestin termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan bayaran gaji dinafikan.

Dikuasakan oleh Blogger.