Header Ads

17 cedera, tentera rejim Israel berterusan serang Palestin

Tentera rejim Israel dilaporkan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara ke wilayah Palestin semalam selepas dakwaan wilayah selatan yang didudukinya dibedil dengan roket oleh pejuang.

Menurut saksi dan pegawai keselamatan Palestin, sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera.

Seorang jurucakap tentera rejim mengesahkan serangan itu yang mendapat nama operasi "Protective Edge".

Menurut saksi serangan tertumpu kepada beberapa deretan rumah di Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan Khan Yunes.

Kumpulan bersenjata dari Briged Ezzedine al-Qassam pantas mengeluarkan kenyataan membidas tindakan rejim itu.

“Israel telah melampaui batas dengan menjadikan kediaman (penduduk) sebagai sasaran. Sekiranya polisi sebegini tidak dihentikan, kami tidak teragak-agak untuk memperluaskan sasaran sehingga ke satu tahap yang tidak dapat disangka (rejim)," kata kumpulan itu menerusi satu kenyataan.

Serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada 17 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan dua wanita. Dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal, lapor bahagian perubatan Palestin.

"Kira-kira 50 objek termasuk empat buah rumah aktivis, kawasan pelancar roket dan insfastruktur lain menjadi sasaran," kata jurucakap tentera Israel.

Perkembangan terbaru ini adalah paling buruk sejak November 2012.

Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu.

Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit .

Tentera Israel mendakwa lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.

Brigade Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut. "Al-Qassam menembak puluhan roket ke Netivot dan Ashkelon, Ashdod dan Ofakim sebagai tindakan balas Zionis," kata satu kenyataan.

"Roket-roket Qassam merupakan balasan di atas kejahatan Israel terhadap rakyat kami," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri.

Tentera Israel mendakwa lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.

30 darinya didakwa jatuh di wilayahnya.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.