Header Ads

25 tentera zionis terbunuh, Israel hilang keyakinan di Gaza

Inilah gambar budak Palestin yang dibidik tentera regim Israel.
Setelah mendakwa berjaya dalam serangan udara mereka ke atas Gaza, regim zionis tampak begitu yakin dengan kemaraan serta bangga dengan kemampuan sistem pertahanan udara mereka yang didakwa berjaya menyekat roket-roket "murah" dari Gaza.

Dakwa tentera zionis, mereka berjaya menghalang warga yahudi daripada tewas dengan roket dari Gaza ketika ratusan penduduk Palestin terkorban akibat serangan udara tentera zionis.

Keyakinan dan kejayaan zionis melalui serangan udara telah mendorong mereka meningkatkan operasi melalui serangan darat pada Khamis lepas.

Namun, keputusan mengerahkan tentera darat dan kereta kebal itu berlaku sebaliknya apabila dilaporkan tentangan sengit dihadapi zionis berdepan sayap tentera Hamas apabila 25 tentera zionis telah terbunuh.

Keadaan itu telah menimbulkan keraguan di pihak zionis dengan keputusan mengerahkan serangan darat ke atas semenanjung Gaza.

Tentera regim dilaporkan tidak mahu mengalah dan berundur daripada melakukan serangan darat ketika 573 rakyat Palestin sudah terkorban sejak 8 Julai lalu.

Namun, jumlah kematian tentera regim Israel dalam tempoh empat hari serangan darat itu merupakan angka tertinggi sejak perang Lubnan pada 2006.

"Ini langkah terburuk (regim) dan ia (pertempuran) tak berjalan dengan lancar," kata Alon Geller, pegawai pemerintah di pusat bandar Israel.

"Namun, kami harus menyelesaikan operasi. Jika kami berhenti sekarang sebelum mencapai tujuan kami, para tentera akan mati sia-sia," kata Alon.
Dikuasakan oleh Blogger.